Pasca Pilihan Raya Umum Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008

Tuduh-menuduh dalam Barisan Nasional

  1. Parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan telah mendakwa bahawa antara sebab kekalahan besar mereka berpunca daripada UMNO. Antara isu-isu yang dibangkitkan termasuk tindakan Hishamuddin Tun Hussein yang gemar melambaikan keris dalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun kebelakangan ini serta Istana Zakaria.
  2. Mahathir Mohammad dan anak bongsunya Mukhriz Mahathir mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan Barisan Nasional dalam PRU kali ini kerana kelemahan dan "kelembikan" pimpinannya.
  3. Abdullah Ahmad Badawi pula tidak berpendapat bahawa kelembikannya menyebabkan tumbangnya BN, malah menuduh Mahathir yang kuat mengkritik kerajaan Barisan Nasional sejak beliau bersara dan tindakan ahli-ahli UMNO yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen yang menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional.

Pembentukan Pakatan Rakyat

Berikutan kejayaan dalam mengambil alih kuasa pemerintahan dalam 4+1 negeri, ketiga-tiga parti melibatkan DAP, Keadilan, dan PAS telah bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali Pakatan Rakyat (nama belum muktamad) bagi menguatkan kerjasama sesama mereka.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/election/read.php?id=313844 http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/03/pemerhat... http://www.iht.com/articles/ap/2008/03/10/business... http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&t... http://malaysiakini.com/news/80957 http://www.reuters.com/article/reutersComService_2...